Monday, February 28, 2011

Soto Kerjasama..

Hari ini..antara hari2 termalang dalam hidup aku. Redha shjlah. Aku tak mahu berfikir byk2 & tak terdaya nak kongsi di sini. Jom sibukkan diri. Jadik.. ayuh cari2 gambar makanan yang bes-bes!!. Nah.. ini dia.. Soto Kerjasama.. nama die. (Suker-suke hati jek).


Minggu lepas.. hujung minggu yg sgt ceria. Kami isi dengan aktiviti memasak "Soto". Masak soto tak sesusah yg disangka.

Source: http://www.adami.com.my
Tq to Food Technology... Soto paste camnih byk dipasaran. Ini antara brand2 yg sgt memuaskan hati kalu nk buat instant Soto. Bleh dapat kat Giant atau Jusco berdekatan. Even hubby aku yg tak dapat bezakan kangkung ngan bayam pun bleh tolong masakkan. hehehe..
  • Just perap ayam dengan perencah, tumis skit dan reneh sampai naik minyaknya. 
  • Celur sayur sawi dan taugeh sebagai sayuran tambahan.
  • Goreng sohun jika suka...
Sambal kicap jangan lupa!! Kecik hati sambal. Goreng lada kecik dan beberapa ulas bawang putih. Pastuh blend dengan kicap manis + gula + cuka skit + garam. Siap.


Hubby aku offer utk bantu buat Pegedil. Tq hubby.. Bg yang tak biasa buat pegedil.. tp sukakan pegedil. Boleh cuba. Buang kulit kentang, potong wedges dan goreng sedikit garing. Tumbuk dengan bawang goreng yg dijual kat pasar tuh. Seasoned dengan lada sulah dan garam. Nak sedap lg.. letak hirisan daun sup. Sebelum goreng.. celup dalam telur. Emm... sedap!!



Hidangan pun ditutup dengan strawberry chocolate. Mirza suka sgt.. (Nk gi CH tak ade duit dan masa).. Chocolate sauce = serbuk koko + butter + susu pekat manis.;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...