Resepi Dari Dapur

Kacang Goreng Sedap Rasa


Bahan-bahan
Kacang Buncis (potong serong)
Bawang Merah (dimayang)
Cili Merah (dihiris serong dan nipis)
Perencah "Sedap Rasa" (secukup rasa)
Minyak masak (2 sudu besar)


Cara Memasak
Tumis bawang hingga sedikit layu.. pastu campur bahan lain dan kacau goreng. Tak perlu tambah garam lg sbb Sedap Rasa tuh dah masin. Siap!!

Cream of Mushroom

Bahan-bahan
Cendawan Butang (potong nipis-nipis) (y dlm tin pn boleh)
Butter (2 sudu besar)
Bawang besar holland (1/4 biji potong wedges)
Whipping Cream (1/2 cawan)
Kiub stok ayam (1/2 kiub)
Tepung jagung (2 sudu besar dilarut dalam air)
Air (4 cawan)

Cara Memasak
Saute bawang besar (tumis je... ;)) dengan butter. Sesudah layu, goreng pula potongan cendawan. Masukkan air, whipping cream, kiub ayam dan larutan tepung jagung. Tambah garam secukup rasa dan kacau selalu supaya tak berketul tau. Bila dah pekat sikit... rasa pun dah okeh.. Siapp!! Mudahkan..

Pegedil Simple

Bahan-bahan
Kentang (3 biji dipotong wedges)
Bawang goreng (guna yg jual kat kedai tu lg senang.. :)  )
Daun sup & Daun bawang (potong kecil.. sikit aja)
Garam & lada sulah (secukup rasa)
Telur (pecahkan dan pukul)
Minyak untuk menggoreng


Cara Memasak
Goreng kentang sehingga kekuningan dan sedikit garing. Angkat dan toskan minyaknya. Tumbuk @ lenyek kentang tersebut bersama-sama daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Oppss... jgn lupa taburkan sedikit garam & lada sulah yer.. Kemudian gentel bulat2.. celup dalam telur & goreng sampai nampak cam pegedil kat kedai tu yer.. kemudian.. makanlah!!

Siakap Goreng Crispy

Bahan-bahan
Ikan Siakap segar (1/2 ekor)
Kunyit hidup (1 inci ditumbuk)
Bawang merah (3 biji ditumbuk)
Gula (1/2 sudu besar)
Garam (1 sudu kecil atau kurang)


Cara Memasak
Gaul gula dan garam bersama kunyit serta bawang merah. Lumurkan pada ikan siakap dan perap seketika. Pastuh.. goreng pun sodap.. hehhehe.. Siap!!

Kuah Lontong Biasa-biasa

Bahan-bahan
Bawang Merah (5 ulas)
Bawang besar (1/4 biji)
Kunyit hidup (1 1/2 inci)
Halia (sikit ajer dlm 1/4 inci ker)
Lengkuas (sama cam halia)



Udang kering (2 -3 sudu besar)
Serai (3 batang dititik)
Santan pekat (2 cawan)
Kiub ayam (1/2 kiub)
Sayuran (kubis, lobak, kacang panjang dan terung dipotong kecil2)
Suhun dan fucuk
Air (secukup rasa)

Cara Memasak
Kisar sekali gus bawang merah, bawang besar, kunyit hidup, lengkuas, halia dan udang kering. Tumiskan bahan2 yg dikisar sehingga naik bau. Kemudian... letakkan santan dan cairkan dengan air. Masukkan serai, kiub ayam, garam secukup rasa dan kacau. Selepas 3 minit, masukkan sayur dan kacau sehingga sayur masak dan diakhiri dengan memasukkan suhun dan fucuk. Siapp!! Makan dengan nasi impit dan sambal udang kering atau sambal bilis. mana-mana la yang disukai.
Kerang Rebus ala singgang

Bahan-bahan
Kerang (1 kg dibersihkan)
Serai (3 batang dimayang)
Bawang merah (3 ulas dimayang)
Halia (1 inci diketuk)
Garam (1/2 sudu teh)
Air untuk merebus
Cara Memasak
Rebuskan kerang bersama-sama serai, bawang merah, halia dan garam sehingga mendidih. Siap.. boleh cicah dengan sos pencicah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...