Sunday, February 20, 2011

Masak apa hari ini ..ibu2 & kakak2??

Hari ini..hari ahad. Kecuali yang di Terengganu, Kelantan dan Kedah... semuanya bercuti hujung minggu. Alasan yang kukuh untuk terus berselimut sehingga matahari tegak segalah... Tapi.. bila memikirkan ada perut2 kecil dan besar yang perlu diisi.. termasuklah perut sendiri...maka dapur perlu berasap hari ini.

Jadi masak apa yer hari ini..ibu2 dan kakak2???

Untuk menu pagi.. boleh consider nasi lemak. Tapi kalu pukul 9 pg baru start nak nak cari beras kat mana, alamatnya.. sarapan pagi jadi makan tengahari la yer. (mcm tak biasa plak..hua hua). Muka suami & anak2 pun kelat semacam jek menunggu bau nasik lemak.. Option paling mudah beli jek.. nasik lemak kat gerai tepi umah. Yang tak besnya... kualiti nasik lemak jalanan skrg nih sungguh mengecewakan. Sambal pedas ..tahap gaban.. bertatahkan 2 ekor ikan bilis dan diserikan dengan timun kekeringan. Adus..


Menu tengahari paling bermakna pastinya hidangan nasik campur kan. Dah perut melayu.. tak sah tak pekena nasik. Ilustrasi di tepi nih... sesuai dijadikan inspirasi hidangan untuk ibu-ibu yang mempunyai 6 orang anak dan ke atas.. hehhehe.. Untuk kami sekeluarga.. 3 lauk dah cukup. Contohnya... ayam/ikan goreng kunyit, kuah singgang ikan dan sayur campur. Menu 3M la katakan.. (Mudah, Malas dan Menjimatkan). Tapi makan sampai bertambah2... sbbnya hidangan ni penuh nostalgia. Makanan ruji di zaman kanak-kanak dulu... sebb kami bukan orang senang.

Kekadang, ada gak masa2 perlu memasak menu yang diluar kebiasaan. Think out of box la katakan. Contohnya kat atas nih nama die "bulgogi steamboat".. aku pernah cuba buat bile terpengaruh dgn citer2 korea kat tv. (resipi dpt kat google)..hehhehe..Annyong haseyo..Annyong hashimnikka..Cuma nak  kena pastikan.. org yang nak berkongsi hidangan ini org yg tak kisah mencuba!!


Kalau hidangan nasik tengahari tadi dah tak tinggal sisa... malam nanti boleh masak western. Mcm aku yg ada anak kecik nih.. makan kat restoran dah tak praktikal lg.. Pilihan yg ada utk menikmati makan malam romantik ngan hubby adalah dgn membuka "restoran" sendiri di rumah. Gambar kat atas tuh... konon-konon chicken chop with mushroom sauce la.. ahaks.. nak nampak cam kat kedai.. aku tambah side dishes mashed potato, grilled pepper dan steamed veggies. Sedap ke tak... biarlah rahsia.. Tips yg penting juga... dah lepas siap masak... kasi "ubat tido" kat anak2 supaya dapat la Mama & Papa makan sambil romantik2 di bawah lampu kalimantan .. hehehe

Apapun yang kita masak.. jangan lupa masak dengan kasih sayang yer.. walaupun masak untuk diri sendiri... Lagi bermakna kalau dapat dikongsi dengan org2 terdekat. Nabi Muhammad S.A.W pernah berpesan kepada isterinya supaya dilebihkan kuahnya semasa memasak... agar boleh berbagi sesama jiran-jiran. ;)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...