Monday, February 28, 2011

Soto Kerjasama..

Hari ini..antara hari2 termalang dalam hidup aku. Redha shjlah. Aku tak mahu berfikir byk2 & tak terdaya nak kongsi di sini. Jom sibukkan diri. Jadik.. ayuh cari2 gambar makanan yang bes-bes!!. Nah.. ini dia.. Soto Kerjasama.. nama die. (Suker-suke hati jek).


Minggu lepas.. hujung minggu yg sgt ceria. Kami isi dengan aktiviti memasak "Soto". Masak soto tak sesusah yg disangka.

Source: http://www.adami.com.my
Tq to Food Technology... Soto paste camnih byk dipasaran. Ini antara brand2 yg sgt memuaskan hati kalu nk buat instant Soto. Bleh dapat kat Giant atau Jusco berdekatan. Even hubby aku yg tak dapat bezakan kangkung ngan bayam pun bleh tolong masakkan. hehehe..
  • Just perap ayam dengan perencah, tumis skit dan reneh sampai naik minyaknya. 
  • Celur sayur sawi dan taugeh sebagai sayuran tambahan.
  • Goreng sohun jika suka...
Sambal kicap jangan lupa!! Kecik hati sambal. Goreng lada kecik dan beberapa ulas bawang putih. Pastuh blend dengan kicap manis + gula + cuka skit + garam. Siap.


Hubby aku offer utk bantu buat Pegedil. Tq hubby.. Bg yang tak biasa buat pegedil.. tp sukakan pegedil. Boleh cuba. Buang kulit kentang, potong wedges dan goreng sedikit garing. Tumbuk dengan bawang goreng yg dijual kat pasar tuh. Seasoned dengan lada sulah dan garam. Nak sedap lg.. letak hirisan daun sup. Sebelum goreng.. celup dalam telur. Emm... sedap!!



Hidangan pun ditutup dengan strawberry chocolate. Mirza suka sgt.. (Nk gi CH tak ade duit dan masa).. Chocolate sauce = serbuk koko + butter + susu pekat manis.;)

Friday, February 25, 2011

Cooking therapy...

Alhamdulillah... hari ini.. beres satu presentation. Lega rasa... tinggal satu je lagi untuk dihabiskan minggu depan. Gembira yg segera buat aku lupa pada semua cabaran yang menduga sepanjang minggu. Hubby pun dah datang akhirnya. Tq sgt coz I appreciate your presence dear.. so bleh la tgk2 Mirza yer.. in case sy nk tidoo..

Hari ini.. I chose cooking therapy over evening nap.. maklumlah..  hubby ada kat umah. Selain itu, sebagai menghargai diri ku yang sanggup bersabar dengan kesihatan diri yang tidak berapa baik minggu ini dan berjaya menguatkan semangat untuk menyiapkan diri utk pembentangan serta bertungkus lumus siapkan most of my targeted experiments, maka aku pun buatlah kenduri makan2 kat umah sendiri.

Alkisahnya... aku ini hantu seafood. Meskipun selalu kene allergy.. tapi tak pernah serik utk terus nyum2.. seafood. Maka tema mkn tghari kami.. adalah "anything under the sea" aka seafood. Haa.. inilah kerja tangan aku tengahari ini. Sume lauk tuh.. aku masak sendiri.. Bab nasik.. hubby yg masak. Tq Mr hubby.. (kene pong sikit..coz dah 2 minggu aku skip masak). Yang kelakarnya.. hubby aku tuh gi baca doa nak tido sebelum makan.. adoi.. nak tergolek waser.. nampak sgt ke"soleh"annya.



Jd... besarlah hati ku untuk share di sini apa hidangan 'istimewa' sgt hari ini..Ini.. hidangan paling humble. Kacang buncis Sedap rasa.. hhehehe...just kacang buncis seasoned with Sedap Rasa. Nak pendekkan waktu memasak ler katakan.


Next... ikan siakap goreng. Selalu org masak siakap tiga rasa.. tak pun siakap sweet n sour. Tp kali ni aku goreng jek. Ikan perap ngan kunyit hidup & bawang merah yang dikisar + gula dan garam. Bila dah goreng... luarnya crispy.. tp isi kat dalam lembut n juicy.


Lauk berkuah pulak... aku masak mild curry udang galah (Siap ada garnishing tu.. utk letak dlm blog la katakan). Kari biasa2 jek. Amik masa 10 minit jek..coz bawang sume beli yg dah siap kupas kar pasar. Rajin ler katakan.







Hidangan terakhir.. semestinya chili crabs.. sekilo setengah (=3 ekor) aku beli ketam nih..yg nak makannya.. 2 org manusia dewasa jek. Alang2 nk makan seafood.. biar berbaloi kan.


Begitulah ceritanya.... walaupun masakan nih.. tak sedap mana pun, aku cuma harap kasih sayang yang aku curahkan dalam setiap hidangan ini sampai kepada org yg menjamunya.. Ingat aku dalam tidur mu yer.. Yg tak berpeluang merasa... aku bangga kalau hidangan2 ini jd inspirasi utk kowang2 sume start mengasapkan dapur & masak utk yg tersayang!!

Wassalam

Sunday, February 20, 2011

Masak apa hari ini ..ibu2 & kakak2??

Hari ini..hari ahad. Kecuali yang di Terengganu, Kelantan dan Kedah... semuanya bercuti hujung minggu. Alasan yang kukuh untuk terus berselimut sehingga matahari tegak segalah... Tapi.. bila memikirkan ada perut2 kecil dan besar yang perlu diisi.. termasuklah perut sendiri...maka dapur perlu berasap hari ini.

Jadi masak apa yer hari ini..ibu2 dan kakak2???

Untuk menu pagi.. boleh consider nasi lemak. Tapi kalu pukul 9 pg baru start nak nak cari beras kat mana, alamatnya.. sarapan pagi jadi makan tengahari la yer. (mcm tak biasa plak..hua hua). Muka suami & anak2 pun kelat semacam jek menunggu bau nasik lemak.. Option paling mudah beli jek.. nasik lemak kat gerai tepi umah. Yang tak besnya... kualiti nasik lemak jalanan skrg nih sungguh mengecewakan. Sambal pedas ..tahap gaban.. bertatahkan 2 ekor ikan bilis dan diserikan dengan timun kekeringan. Adus..


Menu tengahari paling bermakna pastinya hidangan nasik campur kan. Dah perut melayu.. tak sah tak pekena nasik. Ilustrasi di tepi nih... sesuai dijadikan inspirasi hidangan untuk ibu-ibu yang mempunyai 6 orang anak dan ke atas.. hehhehe.. Untuk kami sekeluarga.. 3 lauk dah cukup. Contohnya... ayam/ikan goreng kunyit, kuah singgang ikan dan sayur campur. Menu 3M la katakan.. (Mudah, Malas dan Menjimatkan). Tapi makan sampai bertambah2... sbbnya hidangan ni penuh nostalgia. Makanan ruji di zaman kanak-kanak dulu... sebb kami bukan orang senang.

Kekadang, ada gak masa2 perlu memasak menu yang diluar kebiasaan. Think out of box la katakan. Contohnya kat atas nih nama die "bulgogi steamboat".. aku pernah cuba buat bile terpengaruh dgn citer2 korea kat tv. (resipi dpt kat google)..hehhehe..Annyong haseyo..Annyong hashimnikka..Cuma nak  kena pastikan.. org yang nak berkongsi hidangan ini org yg tak kisah mencuba!!


Kalau hidangan nasik tengahari tadi dah tak tinggal sisa... malam nanti boleh masak western. Mcm aku yg ada anak kecik nih.. makan kat restoran dah tak praktikal lg.. Pilihan yg ada utk menikmati makan malam romantik ngan hubby adalah dgn membuka "restoran" sendiri di rumah. Gambar kat atas tuh... konon-konon chicken chop with mushroom sauce la.. ahaks.. nak nampak cam kat kedai.. aku tambah side dishes mashed potato, grilled pepper dan steamed veggies. Sedap ke tak... biarlah rahsia.. Tips yg penting juga... dah lepas siap masak... kasi "ubat tido" kat anak2 supaya dapat la Mama & Papa makan sambil romantik2 di bawah lampu kalimantan .. hehehe

Apapun yang kita masak.. jangan lupa masak dengan kasih sayang yer.. walaupun masak untuk diri sendiri... Lagi bermakna kalau dapat dikongsi dengan org2 terdekat. Nabi Muhammad S.A.W pernah berpesan kepada isterinya supaya dilebihkan kuahnya semasa memasak... agar boleh berbagi sesama jiran-jiran. ;)

Monday, February 14, 2011

Untuk yang mengidam..

Jumaat lepas... aku belajar masak pulut kuning. Konon-konon sempena birthday Mirza la. Tahun lepas Tok Ma die yg masakkan (spt gambar di bawah). Jd tahun nih... Mama nya sendiri lah yang kene masak coz Tok Ma (Jerteh) busy.. Tok Ma (Chendering).. jauh.

Setelah menelefon Chef Wan Na dr Sabah... aku buat2 la kompiden masak pulut kuning yang diidam-idamkan. Cara-caranya tuan puan yer.. kita rendamkan beras pulut dengan pewarna kuning bersama kunyit hidup dan asam keping. Lepas tuh kukus separuh masak dan gaul dengan santan pekat yang dimasak. Jgn lupa letak gula dan garam secukup rase yer.. kemudian kukus lagi sampai jadik.. (sepuluh kali aku bukak tutup tudung pengukus tuh..just to make sure pulut kuning yang akan terhasil diakhir proses masakan.)


Alhamdulillah.. berkat sembahyang hajat.. malam sebelumnya. Menjadi lah juga pulut kuning Mama Mirza neh. Hubby pun approve... mmg pulut kuning yang aku masak nih. (Harap bukan sekadar nak amik hati aku je la..).

Tak lengkap pulut kuning kalau tak dihidangkan dengan gulai kari ayam. Jadi.. bersegeralah hamba ke pasar borong utk mendapatkan ayam & bhn2 yang berkenaan.

Personally... masakan aku tak sehebat masakan Ma di kg. Ada rupa pn jadi laa.. Sekurang-kurangnya .. gambar kat entry kali ini dapatlah mencetuskan rasa mengidam dikalangan ibu2 mengandung & yang bakal mengandung.. kehkeh..

Yang ironiknya... inilah wajah anakku.. dikala Mamanya menyuapkan pulut kuning dengan penuh kasih sayang.

"Nanak.."...

"Flight...flight..."..

Sabauuuu... aje la.

Friday, February 11, 2011

Selamat Harijadi ..Sayang.

Esok... 12/2/2011.. genaplah usia putera kesayanganku.. 2 tahun. Mirza Raimi B Mohd Ariff... kurniaan paling indah seumur hidupku. Mirza Raimi .. maksudnya "anak yang baik keutamaanku".. Insyaallah.. Mirza sentiasa jadi keutamaan kami sampai bila-bila pun... Alhamdulillah.. Mirza mmg anak yg baik.

Hahaha.. inilah wajah aku beberapa jam sebelum diangkut ke hospital di saat mahu melahirkan Mirza, 2 tahun lepas. Sempat touch up dulu. Perasaan saat itu... boleh dikatakan.. sgt bersemangat!! 2 tahun lebih kami menunggu.. akhirnya permata hati kami lahir melihat dunia. Aku redha setiap denyut kesakitan hampir 12 jam di labour room meskipun dah berkali2 diinduced. Alhamdulillah... berkat doa Ma dan Wan, Ma dan Pa dan pastinya suami tersayang yg memberi sokongan moral (w/pn sempat lg tido ms menunggu...).. semuanya selamat. 6.08 pm, 12/02/2009... aku sudah menjadi seorang IBU...

Ini.. Mirza diusia 5 hari. Doa aku setiap hari.. agar kami menjadi ibu bapa yang ikhlas. Ku terima semuanya pakej yg datang bersama Mirza.. hehhe... Dengan izin Allah... akan kami tatangmu wahai sayang.. bagai menatang minyak yang penuh..

"Ya Allah ya Rahman... Kau rahmatilah setiap langkah anak ku. Peliharalah dia dari kesakitan dan bahaya, baikkanlah rupa parasnya, sempurnakanlah sifatnya, molekkan akhlaknya, fasihkan bahasanya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran Mu, Dan kurniakan dia dengan nikmat ketenangan dan kemurahan rezki.."
Amin ya Rabbal Alamin

Happy Birthday ..Sayang !!

-Sekian-


Specially for u my dear.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...