Friday, October 24, 2014

Sesi Mengemas Rumah

Alhamdulillah.. Waktu-waktu sibuk dah semakin menjarak. Maka bolehlah menjengah blog bersawang aku nih.

Minggu ini.. cuti panjang. Jadi aktiviti utama adalah mengemas rumah aka major spring cleaning rumah kami yang kecik ini. Dua tiga bulan lepas, kitorg hidup macam orang nomad.. ke hulu ke hilir nk siapkan tesis aku. Hehehhe.. Inilah sebahagian hasilnya..

Bar a.k.a workstation 

Our D.I.Y workstation tuh dah boleh dibuka semula. Semua clutters & habuk2 dah dibersihkan. Lepas ni.. kene make sure xde periuk belanga pinggan mangkuk tertinggal atas meja selepas digunakan.

Spice rack dah bersih berkilat...

Mood nak memasak pn datang balik.

Kalendar secret recipe tu.. nampak cam menu kat restoran plak.

Gambar canvas cawan kopi tuh... baru beli.. RM9.90 jek.
Bilik air
Since menduduki rumah ni.. bilik air memang tak pernah di"groom". Yang penting.. bilik air kene cuci at least 2 kali seminggu.

 Bilik air atas.. dah berseri dengan Molger mirror & trolley dr Ikea.. 

Shower caddy shelf pun dah beli.. RM14 hinggit jek.. Lepas ni.. tak ada alasan lagi untuk botol-botol bergelimpangan kat atas lantai.. 

Leh ler..perasan cam bathroom hotel.. 

Hasil kutipan setiap kali menginap di hotel-hotel...

Bila-bila hendak manjakan diri.. aromatic candle dah ada..

Bilik air bawah... lagi penting sebab jadi tumpuan utama tetamu. Maka, haruslah bersih berseri sepanjang masa.

Penyeri dan pewangi semulajadi.. daun serai wangi + pandan + frangipani

Lepas sesi cleaning ni.. bilik air ini nampak lebih organize.

Rumah kecik sekangkang kera ni pun.. macam setengah mati rasanya nak kekalkan kekemasan dan kebersihan. Tambahan lagi dengan ketiadaan pembanttu rumah. Perkara paling penting.. disiplinkan diri sendiri, suami dan anak-anak.  


Sunday, July 13, 2014

Rezeki untuk si anak

Alhamdulillah.. Selamat tiba dihari ke 15 di bulan Ramadhan yang mulia ini. Yang sedihnya.. pukul 2 pg tadi terkejut tengok stok chilled EBM tinggal 3 oz jek.. Selalunya aku akan pastikan ada sekurang-kurangnya 18 oz bersamaan 6 botol x 3 oz berderet kat ruangan chilling tu untuk bekalan Afiah ke sekolah esoknya. Sah.. susu dah merudum. Afiah pun kuat jugak menyusu lately..Apa lagi.. berdesuplah mengepam. Dengan izin Allah.. dapat juga cukupkan bekalan Afiah untuk hari ini..itu pun dengan top up 6 oz frozen EBM. Stok chilled EBM untuk hari Isnin = 0..

Datang ofis.. terus sambung mengepam setiap 2 jam.. Subhanallah.. sedihnya sebab susu keluar kurang lebih 1 oz jek masa first session pukul 9 tuh. Selalu dapat paling sikit pun 2 oz. Sesi selepas tu pun cukup-cukup 1.5 oz jek.. Terus tersandar.. muhasabah diri..

Pikir-pikir.. ini mungkin antara sebab naper susu teruk sangat..
1. Kurang makan .. Since Khamis aku tak makan nasi sangat.. ambik mee, mee huun.. dan makanan ringan2 je untuk sahur dan berbuka. Supplement masih ambil seperti biasa.
2. Keletihan .. Sejak dah mula berpuasa hari ke 11.. badan terasa letih sesangat. Tiap hari terkejar-kejar nak uruskan anak-anak, kemas rumah yang cepat je nak bersepah, basuh lipat gosok kain baju yang tak pernah susut setiap hari.. Malam pula terpaksa bangun dua tiga kali untuk sediakan sahur dan mengepam atau menyusu. Alhamdulillah..setakat ni Afiah tak berjaga malam pun..
3. Minum ais.. hehhehe... memang guilty pleasure..sungguh. Perasan sangat .. lately selalu ambil minuman berais. Malam tadi siap buat Vanilla Shake lagi.. pastu minum seteguk dua root beer float. Mungkinkah sebab tu..
4. Kurang air .. Aku memang jenis yang tak suka minum air masak. Sejak jadi ibu susu ni.. baru lah meningkat sikit intake air. Since cuaca agak panas sekarang.. air yang aku minum tu tak memadai kot.
5. Kurang mengepam.. 3 4 hari lepas.. banyak tuang sesi mengepam. Kononnya nak rehatkan badan yang lesu teramat. Tambahan pulak.. sesi mengepam selalu delay bila orang datang bertamu ke rumah atau ke bilik ofis.

Supaya senario ini tidak berlanjutan sbb ada 14 hari lagi untuk teruskan perjuangan, aku listkan beberapa mitigation and corrective measure.. eceh.. berkuatkuasa serta merta.
1. Makan nasi..Make sure menu berasaskan nasi dimasukkan semula dalam menu buka puasa mulai hari ini. Lebihkan pengambilan ulaman terutamanya pegaga!! Ambil pil habbatus sauda dan supplements secara konsisten.
2. Kurangkan Keletihan .. Tidur awal (pukul 9) dan take short nap di opis tgh hari untuk pulihkan tenaga. Kemas rumah sekadar yang termampu.. cukuplah kalau kain tak menimbun, pinggan mangkuk berbasuh. Yang lain-lain.. buat sedikit-sedikit sepanjang minggu.
3. Katakan TIDAK untuk air berais.. dan air berkabonat juga. Akan cuba untuk elakkan air berais.. mulai hari ini.. minum plain water atau air milo suam. Bleh juga minum air barli dan jus pegaga!!
4. 3 L air sehari.. InsyaaAllah.. akan diusahakan untuk capai target 3 L air sehari.. Demi Afiah..
5. Disiplinkan diri untuk mengepam ikut waktu dan tambah 1 sesi Power Pumping semasa bangun sahur.
6. Perbanyakkan doa .. Doa semoga Allah kurniakan rezeki buat anak ku Afiah..

Tuesday, July 8, 2014

SAJIAN PANTAS RAMADHAN 2

Hari ke 9 Ramadhan, peti ais makin kosong.. Maklumlah hujung minggu lepas kami sekeluarga balik berbuka di kampung. Selongkar punya selongkar.. ada ayam dan lamb shoulder yang dibeli dari giant minggu sebelum2 nya. Seperti biasa.. terus buat sajian pantas sebaik saja diberi peluang masuk dapur hampir pukul 6.15 pm.

Ini Set nasi mandy orang miskin... namanya.. Cukuplah untuk 2 dewasa dan 1 kanak-kanak. Nampak simple tapi Mirza suka sangat.. Encik Suami pun makan bertambah-tambah. Terharu cik puan isteri..


Masakan utama .. nasi ala mandy.. pakai beras Jasmine Super Siam Special tu jer.. Dah sajian pantas namanya..

Bahan untuk 2-3 org makan: (2 1/2 cawan beras, *air rebusan ayam = sukatan air biasa untuk masak nasi, 1/2 biji bawang besar holland yang dihiris bulat, 3 sudu besar minyak zaitun, 1 sudu garam)

*Kisar 3 biji bawang putih, 1 inci halia, 1/2 sudu teh serbuk kunyit, 1/2 sudu biji ketumbar, 1/2 sudu jintan manis. Bahan kisaran ditumis bersama 1 lebar daun bay, 3 sudu minyak zaitun, 1 bunga lawang, 3 batang cengkih, 1 batang kecil kulit kayu manis. Bila dah naik bau.. masukkan 1/4 bhg ayam..gaul-gaul sikit.. dan masukkan air dalam 500 ml.. tambah garam dan 1/2 kiub stok ayam. Biar menggelegak. Untuk masak nasi.. tapis air rebusan cukup-cukup sukatan nasi. Lebihan boleh guna untuk rebus lamb shoulder dan buat kuah.

Cara-cara: Tumis bawang besar dalam minyak zaitun.. bila dah agak layu.. masukkan air rebusan ayam dan beras yang siap dibasuh. Boleh tambah garam jika air rebusan ayam tadi sedikit tawar. Nanti nasi tawar tak bes. Seterusnya masak nasi seperti biasa.. bila air hampir kering.. titiskan 2 tompok pewarna kuning atas permukaan atas nasi.. dan letak ayam yang direbus sebelumnya juga di atas nasi. Tutup dan tunggu masak.

Sementara nasi masak..Bleh sediakan Mandy Lamb


Bahan-bahan: 3-4 keping Australian lamb shoulders (cari kat giant), lebihan *air rebusan ayam.

Cara-cara: Rebus lamb shoulder dalam 10 min bersama air rebusan ayam tadi. Asingkan dari kuahnya.. dan goreng sedikit dengan minyak sehingga nampak cam caramelized.. eceh.. Dah siap. Balance air rebusan jadi kuah untuk makan bersama nasi. Senangkan.

Selepas itu, leh buat Sos Harrah yang nyum nyum..

Bahan-bahan: 1 ulas bawang putih, 1 biji cili besar, 1 biji tomato, 1-2 biji cili kecil (ikut tahap kepedasan yang diingini), garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara: Kisar semuanya.. tp jangan halus sangat... Siap.

Pelengkap hidangan.. Air Teh Pic berais.. (pakai peket segera tu jer..).. lebih kurang pukul 7.. hidangan pun siap terhidang.


p/s: Lepas makan nasi ala mandy malam tadi.. Mood encik Suami terus jadi ceria.. Lipat kain selonggok tak yah suruh pun..wink wink.. Alhamdulillah..





Monday, July 7, 2014

SAJIAN PANTAS RAMADHAN 1

Sebagai ibu bekerjaya.. memilih untuk memasak sendiri khususnya untuk Ramadhan adalah satu keputusan yang banyak cabarannya. Kelebihan memasak dirumah termasuklah kebersihan dan kehalalan makanan terjamin. (Insyaa Allah ..) dan sebagai lambang kasih sayang kepada suami dan anak-anak (sambil memasak ..boleh berzikir dan berdoa supaya dilembutkan hati suami dan anak-anak). Dan lagi..lebih jimat. Risikonya pula... agak renyah.. dan sedikit memenatkan memandangkan masa penyediaan yang saling bersaing dengan masa yang dituntut anak-anak untuk bermanja. Jadi... jika tetap memilih untuk memasak sendiri.. terpaksalah mereka masakan "Sajian Pantas" yang boleh siap kurang dari 30 minit.

Untuk panduan diri sendiri di masa hadapan, aku abadikan set sajian yg pernah disediakan di rumah dan yang paling penting Encik Suami saya sukakannya..

1. Nasi Butter dan Udang Galah Cili

 Sejarah: Set sajian berbuka hari ke 8.. terpaksa buat sajian pantas sebab badan penat sangat.

Hidangan utamanya nasi butter.
Untuk 2-3 orang makan: 2 1/2 cawan beras, 2 ulas bwg putih ditumbuk, 1/2 labu bawang besar holland, 1 helai daun bay, 2 sudu besar butter + 2 sudu besar minyak masak, garam). Cara: Masak nasi macam biasa..cuma tambahkan bwg putih, bawang besar dan daun bay yg ditumis dalam minyak dan butter serta diperisakan dengan garam.

Side dish:
Since kebetulan ada udang galah.. maka terjadilah Udang Galah Cili ni..
Bahan: Udang galah, 1 biji tomato dicincang halus, 3 ulas bwg putih ditumbuk hancur dengan 1/2 inci halia, 2 sudu besar cili boh, 1 sudu besar sos cili, 1 sudu gula, garam secukup rasa.
*boleh ganti udang dengan bahan lain spt ketam, ayam, lala, ikan merah..

Cara: Tumis cili boh dalam minyak..lepas tu terus campurkan bawang putih, halia, tomato, sos cili, gula dan garam.. letak air sedikit untuk kurangkan kepekatan..akhir sekali campakkan udang dan gaul sehingga masak..

Since namanya sajian pantas..1 lauk dan 1 nasi berperisa sudah cukup.. Kalau suami merengek nak lauk lebih.. cubalah intai-intai peti sejuk.. kalau ada sayuran lebih .. bolehlah dibuat acar dan salad. ;)


Tips:
untuk siap dalam masa kurang 30 minit, boleh mulakan dengan masak nasi dahulu. Sementara nasi masak, boleh masak lauk dan diakhiri dengan acar dan salad. Minta kerja sama suami untuk tengok-tengokkan anak atau jemurkan kain diampaian sementara kita siap masak.. hehhehe..
 
Insyaa Allah.. bertekad untuk update set sajian yang lain di lain hari.

wassalam





Thursday, July 3, 2014

Salam Ramadhan...

Salam Ramadhan...


Alhamdulillah.. dengan izin Allah.. aku dah selamat melahirkan seorang bidadari kecil..amanah Allah.. Afiah Insyirah namanya.. Allah pinjamkan anak ini untuk jadi peneman dan melengkapkan perkahwinan aku dan suami yang sudah menjangkau 8 tahun. Subhanallah.. hebat sekali cubaan untuk melahirkannya ke dunia ini..Rasa tak percaya yang Allah bagi kekuatan setinggi ini untuk ibu-ibu ..kan.. Apa pun.. demi Afiah.. Mama sanggup perjudikan nyawa.. eceh.. 

Afiah Insyirah dah masuk 3 bulan setengah.. dia sememang sumber kegembiraan aku.. dari dalam perut lagi jadi peneman setiap saat Mamanya bergelut dengan tesis PhD. Kerana Afiah Insyirah.. semangat nak menyudahkan PhD sentiasa menyala-nyala. Walaupun badan penat tidak terkira.. hati tetap rasa lapang selapang mendengar janji Allah dalam Surah Al Insyirah.

AL-INSYIRAH
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Ayat 5 - 7 sungguh menyentuh hati... Kawan-kawan yang sedang berjuang menghabiskan PhD pasti merasa perasaan yang hampir sama kan.. 

Apapun.. syukur apa adanya.. Dapat sampai ketahap ini.. aku syukur.. Insyaa Allah.. Viva Voce pun tak lama lagi.. Aku yakin Allah Maha Adil.. Tak kan pernah sia-sia setiap usaha yang kita dah curahkan. Yeay!!

Wassalam..

Tuesday, February 18, 2014

Melunaskan masa bersama Mirza

Alhamdulillah... Tesis pun dah selamat disubmit untuk pemeriksaan. Selesai satu bab duniawi.. hahaha... Sekarang ini bolehlah... mencover balik waktu-waktu bersama Mirza.. Entry kali ini just nak abadikan gambar-gambar buat aktiviti "Color Sorting" ngan my lil Mirza..

Kat internet.. byk sgt idea untuk aktiviti cengginih.. yg menghalang kiter parents nih.. masa ngan kudrat jek.  Tambah-tambah time sarat dan tak larat cam sekarang nih..So far Alhamdulillah.. Mirza suka buat tp syaratnya kiter kene bertenggek tepi die la.. klu tak dier leh gi curik2 main game kat tablet.. hahhahaha.. Boy agak nyer kan.. klu girl.. mostly rajin skit kot..




Selain tuh.. skali skala ada gak ajak die buat artwork.. Klu dulu-dulu.. Mirza memang cerewet sket.. tangan tak nak kene kotoran skit pun. Klu kene calit ngan pen pun leh nangis meraung. Pening mama die.. tp now nih.. Alhamdulillah.. die dah tak kisah sangat dah.. nti leh gi basuh katernyer.. Mudah-mudahan.. semangat Mama nak aturkan aktiviti Mirza nih pun terus konsisten la yer.. Insyaa Allah..






Wednesday, January 29, 2014

Apa itu IUGR?

Minggu ini dah masuk minggu ke 32 kehamilan. Time ni jugaklah aku sibuk nak submit tesis bagai.. hehhehe.. badan pun dah macam tak leh cope ngan keletihan yang amat sangat. Kekadang rase cam nak menangis tak bersebab... tp mengenangkan si comel di dalam nih. Mamanya buat-buat gagahkan semangat.


Semalam (selasa, 28 Jan), buat temujanji ngan Dr Sufi untuk review keputusan BSP dan scan kali ke 3. Sebelum pegi.. buat dua tiga kali sembahyang hajat dulu mudah-mudahan.. anak dalam kandungan ini baik-baik sahaja. Keputusannya...

Dr Sufi kata.. baby masih lagi kecil berbanding die punya gestational age. Berat @ 32 ++ weeks adalah 1.5 kg.. dan berat tuh bersamaan dengan baby @30 weeks. Tinggi fundal pun 31 cm..which  supposed to be 32 or 33 cm. Jadi ada beberapa kemungkinan, 1. Tarikh first day period tuh salah. 2. Baby memang kecik. 3. Mungkin ada risiko IUGR. IUGR..?? mende apa pulak la tuh.. Disebabkan aku pegi jumpa Dr sendirian.. tiba-tiba bergenang2 pulak mata nih. Jadi hilang kekuatan pulak. Itulah nasib isteri2 jaman sekarangkan.. suami-suami nak sangat isteri die independent.. tak tau.. kiter nih klu bab emosi.. kekdg mudah jek down.

Dr Sufi tak terang pun pasal IUGR tuh.. so aku browse le sendiri kat internet. IUGR tuh maksudnya Intrauterine Growth Restriction. Kiranya ada sesuatu yang menghalang pertumbuhan normal baby sms mengandung. Penyebabnya;
  • Diabetes (Aku mungkin berisiko sbb dah didiagnose with GDM)
  • Darah tinggi atau sakit jantung (mungkin tidak)
  • Infeksi (Nauzubillah..)
  • Penyakit buah pinggang atau paru-paru (Insyaa Allah tidak berisiko)
  • Kurang nutrisi atau anemia (ada juga risiko sbb lately HB makin menurun jek)
  • Merokok, Minum alkohol atau ambil dadah.. (Oh..tidak mungkin)
  • Kecacatan kromosom (Nauzibillah..) atau kembar (juga tidak )
Risiko kepada bayi.. (ini yang buat aku bergenang2 air mata neh)..
  • Berat lahir yang rendah
  • Kesukaran mengendalikan tekanan semasa kelahiran vaginal
  • Paras oksigen rendah
  • Hipoglisemia
  • Kurang ketahanan terhadap infeksi
  • Skor Apgar yg rendah
  • Risiko Meconimum aspiration(termakan najis dlm uterus)
  • Kesukaran mengimbangi suhu badan
  • Bilangan sel darah merah yang tinggi secara tak normal 
Sumber: http://www.webmd.com/baby/iugr-intrauterine-growth-restriction

13 Feb nih.. Dr Sufi dah buatkan temujanji dengan pakar O and G di HSNZ.. supaya dapat buat detailed scan di sana. Sungguh.. tiada daya selain berdoa jek yang terbaik. 3 - 8 Feb tuh nak ke UPM utk selesaikan urusan penghantaran Tesis.. 17 hb pulak last date utk submit tesis bagi Sem ini.. Huh.. mengeluh panjang... sepanjang entry kali ini.. Mudah-mudahan Allah kurniakan aku cukup kekuatan sehingga selesai urusan PhD nih.. & boleh tumpukan pada kesihatan diri dan si comel di dalam ini. Amin.

p/s Alhamdulillah.. aku dah selamat bersalin pada 13/3/2014. Baby girl seberat 2.5 kg.. cukup-cukup makan jek. Itu pun setelah 4 kali diinduced since 38 minggu.  Selepas lahir baby sedikit hipoglisemia dengan kadar gula dalam darah 3.0 mmol/l. Sehari selepas dilahirkan.. baby dah tunjukkan tanda-tanda jaundice.. hari kedua.. terus naik ke 283 umol/l.. dan masuk wad untuk intensive photo therapy.. sampai hari ke 30.. kuningnyer masih 150 umol/l.. tp syukur..selepas ambil sampel darah dan air kencing.. Dr sahkan xde apa-apa kelainan pada fungsi hati, darah dll. Mungkin ms dlm perut sel daram merah tinggi kot..tu yg sebabkan prolonged jaundice.. Jd gitulah keputusannya..

Thursday, January 23, 2014

Aktiviti bersama mirza

Since mirza dah masuk pre-school neh.. terpaksalah Mama ngan Papa die menambah tanggungjawab baru. Sebelum ini.. memang kami kasi kebebasan kat Mirza untuk bermain sepuas-puasnya. Tapi sekarang nih.. dah kene aturkan waktu belajar supaya tak keciciran di sekolah. Ye lah.. anak orang lain.. masuk 3 4 tahun pun dah pandai baca buku .. hehhehe.. Tak pe lah Mirza.. Mama kasi can la Mirza menikmati saat indah jadi kanak-kanak dulu yer..

So.. inilah sebahagian rutin harian Mirza sekarang. Sekitar jam 9.30 malam.. sebelum tido dan selepas makan.. Mama sediakan sedikit aktiviti ringan untuk rangsang minat Mirza nak belajar.
 
 Setiap malam kene buat latihan menulis.. Seminggu cukuplah buat latihan 2 huruf besar & 2 huruf kecil.. Dah siap tulis.. Cikgu Besar akan kasi evaluation... hahhaha.. cerewet betul Cikgu Besar nyer pun..

Malam Ahad ... matematik.. so belajar mengira dan kenal nombor.. berpeluh jugak la Mama die nak ajar membilang... Mencabar betul ajar anak sendiri nih... (Cikgu Besar jd pemerhati sambil main PSP.. hmm)

 Selesai mengira.. kasi Mirza buat latihan guna penyepit baju nih pulak... ini nak rangsang skil psikomotor kononnya.. Alhamdulillah.. Mirza seronok buat semua aktiviti nih.. Cukup pukul 10.30 mlm.. Mirza dah penat dan bersedia untuk tido.. Malam Isnin, Selasa.. aktiviti menulis dan kenal huruf + 1 aktiviti psikomotor.

Aktiviti psikomotor termasuklah colour sorting gelung getah, butang baju atau manik, main penyepit baju...dll

Malam Rabu.. malam buat artwork... ini kira psikomotor campur ngan nak kenal bentuk dan warna.. Muncong-muncong mulut nak letak gam ... So.. 1 aktiviti ni pun dah cukup dah utk satu malam.. So far Alhamdulillah.. masih mengikut arahan... hahhaha.... Hasil pun positif.. yang penting nak tanam minat Mirza untuk belajar. 

Semua aktiviti nih... dapat pengetahuan dari banyak website kat online. google jek.. "activity for kid".. mcm2 yang keluar. Yang penting.. bahan bantu mengajar.. beli yang murah-murah jek.. Insyaa Allah.. anak kedua nanti nak dedahkan aktiviti gini lebih awal..  Ye lah.. Aku masih lagi belajar menjadi ibu bapa.. 

Malam Khamis.. nk ajar Mirza masak.. la.. ;))



Sunday, January 19, 2014

Sekolah Baru Mirza

Alhamduliillah.. bermula 1 Jan 2014, Mirza dah selamat mendaftar ke sekolah tadika. Transition dari taska ke tadika tidaklah serumit mana sebab Mirza dah biasa ditinggalkan sejak usia 4 bulan setengah lagi. Taska pilihan Mama.. Little Caliph.. Jangan tanye kenapa.. hehhehe.. di sekitar Kuala Terengganu ni.. tak banyak pilihan. Jadi Mama Mirza rasa mungkin ini yang terbaik untuk Mirza.

Hari pertama ke sekolah... Mirza kene bangun awal sedikit sbb sekolahnyer jauh (dlm 30 min perjalanan).. tu yang sampai terlena depan makanan tuh..

Since yuran tadika zaman sekarang beza 800 hengget jek dari tuition fees PhD mama, istilah tuang pegi sekolah tak boleh ada dalam agenda yer... unless sakit.. 

2nd day onwards.. Mirza plak yang kejutkan aku ngan hubby sbb nak gi sekolah baru.. katernye..

First artwork mirza.. Gajah.. macam tak cayer jek anak aku yang buat neh..

Minat dia nak belajar benda baru pun dah semakin terserlah.. Alhamdulillah.. kalau minat tu datang sendiri tanpa paksaan.. Tanggungjawab mama bertambah2 pun Mama tak kisah .. anak ku.. Janji bahagia..

Belajar rajin-rajin wahai anakku..semoga beroleh ilmu yang bermanfaat.. itulah harta dan pelaburan yang Mama & Papa mampu berikan.. terharu pulak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...