So.. inilah sebahagian rutin harian Mirza sekarang. Sekitar jam 9.30 malam.. sebelum tido dan selepas makan.. Mama sediakan sedikit aktiviti ringan untuk rangsang minat Mirza nak belajar.
Setiap malam kene buat latihan menulis.. Seminggu cukuplah buat latihan 2 huruf besar & 2 huruf kecil.. Dah siap tulis.. Cikgu Besar akan kasi evaluation... hahhaha.. cerewet betul Cikgu Besar nyer pun..
Malam Ahad ... matematik.. so belajar mengira dan kenal nombor.. berpeluh jugak la Mama die nak ajar membilang... Mencabar betul ajar anak sendiri nih... (Cikgu Besar jd pemerhati sambil main PSP.. hmm)
Selesai mengira.. kasi Mirza buat latihan guna penyepit baju nih pulak... ini nak rangsang skil psikomotor kononnya.. Alhamdulillah.. Mirza seronok buat semua aktiviti nih.. Cukup pukul 10.30 mlm.. Mirza dah penat dan bersedia untuk tido.. Malam Isnin, Selasa.. aktiviti menulis dan kenal huruf + 1 aktiviti psikomotor.
Aktiviti psikomotor termasuklah colour sorting gelung getah, butang baju atau manik, main penyepit baju...dll
Malam Rabu.. malam buat artwork... ini kira psikomotor campur ngan nak kenal bentuk dan warna.. Muncong-muncong mulut nak letak gam ... So.. 1 aktiviti ni pun dah cukup dah utk satu malam.. So far Alhamdulillah.. masih mengikut arahan... hahhaha.... Hasil pun positif.. yang penting nak tanam minat Mirza untuk belajar.
Semua aktiviti nih... dapat pengetahuan dari banyak website kat online. google jek.. "activity for kid".. mcm2 yang keluar. Yang penting.. bahan bantu mengajar.. beli yang murah-murah jek.. Insyaa Allah.. anak kedua nanti nak dedahkan aktiviti gini lebih awal.. Ye lah.. Aku masih lagi belajar menjadi ibu bapa..
Malam Khamis.. nk ajar Mirza masak.. la.. ;))
No comments:
Post a Comment